Tuesday, April 25, 2017

Siap ada replika rumah contoh

Replika rumah contoh yang digunakan sindiket projek perumahan halimunan untuk memperdaya mangsa. FOTO Nabihah Kamal

Nabihah Kamal
nabihah.kamal@hmetro.com


Kuala Lumpur: Ada replika rumah contoh dan buat pameran jualan rumah di tempat tertentu sama seperti syarikat perumahan lain, namun sebenarnya hanya khayalan.

Dalam tempoh dua bulan, sindiket projek perumahan halimunan itu mengaut untung atas angin lebih RM80,000 sebelum empat dalangnya termasuk seorang wanita diberkas di sekitar Sentul, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, empat suspek warga tempatan itu dipercayai memperdaya lebih 16 mangsa.

"Suspek mendakwa menjalankan projek perumahan di Sungai Tua dan menawarkan 256 unit rumah untuk dijual dengan harga RM120,000 seunit.

"Suspek meminta bayaran RM5,000 jika mahu menempah rumah itu.

"Susulan 16 laporan yang dibuat oleh mangsa, polis berjaya menjejaki dan menahan empat suspek di lokasi berasingan di Sentul," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, hari ini.

Menurutnya, polis percaya masih ramai yang menjadi mangsa dalang sindiket ini.

"Polis menjumpai buku resit sebagai bahan bukti dan mendapati lebih 100 resit dibuka. Oleh itu, kami percaya masih ramai mangsa yang ditipu oleh sindiket ini dan meminta mangsa tampil membuat laporan untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya,  kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2017 @ 5:20 PM

Wednesday, February 1, 2017

SPRM tahan 2 bekas pengurusan JMB seleweng RM1.5 juta

SELASA, 31 JANUARI 2017 @ 6:25 PM
Oleh Ilah Hafiz Aziz
hafiz.abdulaziz@bh.com.my

Foto hiasan 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini menahan bekas setiausaha dan bekas akauntan sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) selepas disyaki menyeleweng RM1.5juta milik badan berkenaan.

JMB berkenaan menyelenggara kira-kira 500 unit kondominium di sebuah lokasi di ibu negara. Kedua-dua suspek berusia 53 dan 27 tahun itu dipercayai melakukan penyelewengan itu sejak tahun 2010.

Sumber berkata, bekas setiausaha itu ditahan di rumahnya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi manakala seorang lagi ditahan di Sungai Petani, Kedah pada jam 1.30 tengah hari, pada hari yang sama.

Katanya, penyelewengan itu terbongkar apabila gaji kakitangan JMB yang menyelenggara kondominium berkenaan tertunggak sejak Jun 2016.

"Selain menjadi setiausaha JMB pada tahun 2012, suspek juga memegang jawatan pengurus besar sebuah syarikat bersekutu JMB sejak 2010, " katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

"SPRM sudah merakam percakapan beberapa orang saksi yang dipercayai dapat membantu siasatan kes ini, selain merampas beberapa dokumen serta komputer riba daripada kedua-dua suspek.

"Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 18, Akta SPRM 2009, " katanya.

INFO - JMB
JMB adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Seksyen 4, Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) atau Akta 663, untuk mengurus dan menyenggara sesebuah kawasan pemajuan berstrata yang terdiri daripada pemaju dan pembeli.
JMB hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada pemaju dan pembeli apabila mesyuarat pertama diadakan tidak lewat daripada 12 bulan dari tarikh penyerahan milikan kosong petak itu kepada pembeli.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/242274

Friday, December 2, 2016

Property market to remain subdued in 2017

Friday, 2 December 2016

Fateh: ’ We do not see any improvement at least until in the first half of 2017

KUALA LUMPUR: The property market is expected to remain subdued in 2017 mired by issues such as unaffordability, high rejection of loan applications and macro-economic issues such as rising living costs and smaller growth in incomes.

Real Estate and Housing Developers’ Association Malaysia (Rehda) president Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor said the challenging trend from last year, which saw a significant drop in property offerings, was expected to continue to at least in the first half of next year.

“We do not see any improvement at least until in the first half of 2017,” he said at the PropertyGuru 2017 Outlook Forum her yesterday.

He said the weak property market has seen the volume of property offerings declined by 30% in the third quarter of this year as compared to the same period last year.

Fateh Iskandar said sales had also declined significantly to about 30% of the offerings in the first half of this year from 52% in the same period last year.

Country manager of online property portal PropertyGuru Malaysia Sheldon Fernandes said with the completion of many new projects next year, the property market was expected to remain flattish to marginal decline next year.

He said difficulties in obtaining loans were also another barrier in property ownership as evidenced by the drop of loans approval to 42% this year from over 50% last year.

Meanwhile, Fateh Iskandar has urged the government to open up the full loan scheme for Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) houses, announced in Budget 2017, to private developers who built affordable houses priced RM300,000 and below.

He said private developers could complement Perbadanan PR1MA Malaysia, the body that oversees PR1MA development, in the areas that the agency were unable to go to.

“Rehda members are from Perlis to Sabah. We can help build PR1MA houses in areas where Perbadanan PR1MA Malaysia can’t go,” he said.

The one-day forum, organised by PropertyGuru, discussed the trend of property market this year and forecast for next year as well as recent development and challenges going forward. – Bernama

http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/12/02/property-market-to-remain-subdued-in-2017/